banner

gila

Tuesday, January 18, 2011

Salam Cyber Semua!!!




Salam untuk semua penghuni 'dunia maya' ini!!  Selamat datang ke Dunia Sang Suri...

Kepada bloggers2, blog hoppers, blogwalkers, rakan2 yang mengenali diri dan semua geng mesyuarat tingkap Sang Suri serta sesiapa  saja yang 'ter'singgah ke DuniaSangSuri ni... sila2 masuk..jangan segan2..jemput duduk... (haaa.. apa lg?? x reti2 nak daftar diri sbg follower suri ker?? hehehe.. *kes paksa rela nih..*)




Okeh.. dah daftar?? Actually, blog suri ni blm lg fully functional... masih lagi ditahap membancuh simen.. omputih kata masih 'under construction'.  Insyaallah ia akan siap diduduki pada awal bulan Februari nanti...




So, harap2  korang akan sentiasa singgah kat DuniaSangSuri dan kalau2 korang rasa nak share dunia suri ni dengan kawan2 lain... silakan.  Kecik tapak tangan..  benua Asia suri tadahkan... hehehehe..

DuniaSangSuri ni di create sekadar utk mewarnakan hidup suri (xde kerja carik kerja punya kes la sbnrnya nihh...) dan bukannya untuk menambah musuh yang dah sedia ada... So, segala luahan pendapat dan apa2 saja yang suri luahkan dalam blog ini adalah merupakan pandangan peribadi dan diharapkan jangan la pulak ada yang sampai hati nak menyerahkan surat saman, surat layang, santau, tuju2 dan segala bende yang sewaktu  dengannya semata2 kerana terasa hati dengan tulisan dan luahan hati Sang Suri di blog ini.

Apapun, suri cuma berharap kewujudan blog suri ini dapat meluaskan rangkaian kenalan disamping menambah serta berkongsi pengalaman dan pendapat dengan semua penghuni 'dunia maya' ini.  Harap kehadiran blog suri ini dapat juga mewarnai hidup korang jugak.... Selamat Berkenalan....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...