Mari mulakan hari Isnin kita ni dengan segmen Sekolah Sangsuri...
segmen kita masuk bilik darjah ...
meh belajar sedikit ilmu yang suri ingin kongsikan bersama pengunjung2 blog suri ini...
12 (sedozen tu!) Petua Mengukuhkan Kasih Sayang ini suri jumpa ketika belek2 majalah ASTRO...
time tu ingat nak tengok jadual waktu
tetiba!!
eh... menarik gak ni.
Elok gak dikongsi dalam blog ni...
Petua2 ni ditulis oleh motivator terkenal, vogue,vass, terbaboom...
iaitu Dato Dr Mohd Fadhilah Kamsah...
Sedozen Petua Mengukuhkan Kasih Sayang
1. Bersyukur dikurniakan pasangan. Terima dan sayangi pasangan seadanya.
# jgn syg bagai nak rak sbm dpt jea... dah salam tangan tok kadi terus tukar bini jadi 'punching
bag', bibik tak bergaji, mesin ATM dan yang sewaktu dengannya pulak...
2. Kekalkan sifat-sifat positif dan bentuk sifat-sifat baru yang disukai. Cinta yang murni seharusnya
berteraskan iman dan taqwa.
# ikut kajian...perceraian sering wujud andai pasangan itu kurang solat... (*hmmmm.... point penting ni)
3. Jadikan pasangan kawan paling akrab. Pamerkan kasih sayang melalui perkataan, perbuatan dan
hadiah. Puji dan hargailah sekerap mungkin.
# bukan jadikan gadget pilihan anda sebagai kawan karib yang sentiasa melekat pada anda
pulak yea. kang 'ter'berkenalan pulak la kat twit2, kat efbee kat wassap sampai semuanya
nanti tinggal asap jea.
4. Sentuhan dan belaian sayang adalah kaedah asas yang penting.
# ada kajian mengatakan bahawa pelukan itu mampu membantu untuk kurus... patut la bila jadi
bini pompuan cepat gemuk sbb jarang kena peluk... hehehe.. (*hekk ellehh... alasan... :p )
5. Rawat hati dan emosi dengan doa, kemaafan dan reda. Kebanyakan konflik rumahtangga tercetus
akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya.
# yes...we can forgive but we can never forget. time will heal all wounds..so.. please kalau dah
luka tu janganlah pi carik boipren lama kunun2 nk curah perasaan yea...tu bukan curah
yea...tu curang.... hikhikhik...
6. Ambil berat tentang dirinya dengan kaedah sesuai/disukai pasangan.
# jangan nak ambik berat sangat sampai kena check hp dia tetiap hari yea.. buat spot check kat
depan pintu opis selang seminggu... dan pi stalk semua member2 FB dia pulak... :)
7. Bersangka baik, bermaaf-maafan , belajar berbual dan mendengar.
# kena nyanyi lagu Faizal Tahir sikit nih... meh dengar lagu 'Cuba' sikit...
8. Hubungan seks yang sihat dan memberi kepuasan kedua-dua pihak.
# jangan syok sendiri dan jangan 'makan luar'...
9. Nyatakan kebenaran dengan hikmah. Ada perkara yang tak perlu diucapkan.
# jangan malukan pasangan anda di tempat awam... korang nak jadi YouTube Idol ker?? tak
pasal2 nanti video korang bergaduh satu donia boleh tengok.. huhuhuhu... sikit2 hal simpan
dlm ati jea kalau x memudaratkan...
10. Berubah secara positif agar pasangan teruja untuk sama-sama berubah.
# berubah biarlah sehala...jangan sang laki berubah hala ke masjid..sang bini lak sibuk hala ke
rumah kak Kiah propa siang malam buat "ketupat" tak henti2...
11. Lakukan kerja rumahtangga bersama-sama.
# jangan pemalas... jangan ingat bini hang tu bibik tak bergaji yang kena buat semua bende
yea...bibik pon ada time coti tau!! kang bini coti kang... hang telentang urus rumah...
12. Elak melakukan sebarang perkara yang menjadi kebencian pasangan.
# jangan korek hidung dan kentut sesuka hati yea...
Moga perkongsian kali ini memberi sejuta manfaat dalam hidup kita...
Renung-renungkan dan selamat beramal... eceeehh...
2 comments:
waduhhhhhh memang bestttt masuk kelas sangsuri niiiiiiiiiii.. petua ni memang sangat bagusssss... tips yang simple tp memang boleh digest hingga ke otak.. mak paling suka tips "jangan 'makan luar" haaaa yg lain ok lagi tp para suami haruslah jauhkan sikap ini .. dikhuatiri jika cuba menghampiri juga gejala ini .. periuk belanga di rumah anda akan terbang melayang layang hehehehehe
eh... nk kna nyanyi sikit tu mak dara... kna nyanyi lagu p.ramlee yg pasal periuk belanga terbang melayang-layang... hehehe... tq jejak mai sini naaa...
Post a Comment