banner

gila

Friday, May 27, 2011

Selamat Hari Ibu - harapan dan doa Mami Suri !!

Sekuntum mawar merah dari boifren seumur hidup!!
Ngeehhh...

Sehari dalam bulan Mei setiap tahun kita meraikan sambutan "Hari IBU" .  Being a mother of 3 kids, barulah suri merasakan kehadiran hari ini amat2 dinantikan.  (*tunggu anak2 datang dan peluk sambil mengucapkan 'Selamat hari Ibu - Mami' ... ok..ok... bukan tu je sebabnya ... yang paling best!! hari ni takyah masak...wooohoooo... leh cuti pegang senduk!!! hahaha...)

 Bukan bermakna selama ini suri tak pernah meraikan hari ibu untuk mak suri sendiri.. tapi bila suri sendiri dah ada anak.. makna sambutan "hari Ibu" itu membawa erti yang amat berlainan sekali...


Bunga ros dan kad dari Abg Hakim.
Nice...  :)

Bukan pemberian hadiah yang para ibu nantikan..cukuplah sekadar sebaris ucapan terima kasih tanda penghargaan dari kita sebagai anak pada ibu kita yang telah melahir dan membesarkan kita selama ini... pada mereka2 yang mampu untuk memberikan lebih dari sebaris ucapan.. pemberian kita itu takkan mampu menebus segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah ibu kita curahkan pada kita selama ini. (*ehh.. apsal n3 kali ni mcm ayat2 dari 'mat rempit yang telah insaf' cum pakar 'motibasi'  pulak yeaa?? hehehe.. melankolik pulak suri nihhh...)


suri harap dapat meraikan 'Hari Ibu' setiap tahun
bersama anak2 suri sehingga.. sampai bila2...
moga mereka takkan lupakan suri... amin...

Kadang-kadang rasa cuak terjentik jugak dihati bilamana suri terdengar cerita2 dari rakan2 sekeliling bilamana anak2 dah dewasa mereka makin melupakan jasa ibu.  (*Anak2 ni dah 'trade in' sambutan 'Hari Ibu' dengan 'hari Valentine' pulak... )

Apabila dah berumah tangga pulak... kadang2 para ibu dan ayah nak ziarah rumah anak2 lelaki tapi anak2 lelaki  ni terlalu  menurut telunjuk isteri hingga mak pak sendiri nak datang pun kena mintak izin isteri baru boleh datang.. kalo isteri kata ok..baru boleh... (ada kaa patut???!  memanglah berbincang suami isteri itu molek..tapi patut2 laa... mak pak nak datang ziarah..takkan tak bagi kot??  lagipun sebagai anak lelaki dan ketua rumahtangga isteri patut dididik untuk menghormati mak dan ayah mertua mcm mak ayah sendiri... barulah kelas sebagai lelaki dan suami berwibawa.. ecewahh.. - dengar tak nasihat ni..wahai anak2ku.. abang hakim dan abang hafiz???)



hadiah pertama dari abang Hafiz..
tengkiu abang afiz..

Harapan suri utk anak perempuan suri ni.. semoga jika dia dipertemukan jodoh kelak..biarlah dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang beriman, yang bertanggungjawap, yang mampu melindungi dan menyayangi dirinya dan keluarganya serta dapat menerima dan menyayangi  suri dan suami sebagai mertuanya sebagaimana dia menyayangi isteri dan anak2nya. Amiinnn...

Anak perempuan ni bila dah kahwin dia jadi hak orang... sebagai parents kita dah tak boleh campur sangat dalam kehidupan anak perempuan setelah berumahtangga berbanding dengan anak lelaki.  Alangkah sedihnya jika menantu lelaki tak dapat menerima kehadiran kita sebagai mertua dengan tangan terbuka...bagaimanakah perasaan kita waktu itu?? kita rindu pada anak dan cucu namun menantu pulak tak suka dengan kehadiran kita... sedihnya andai ini terjadi pada suri nanti.

Dan  malangnya, kita as parents tak boleh nak cakap apa2 pada anak perempuan kita untuk mengubah keadaan.. sedangkan dengan anak lelaki kita as parents masih ada 'say' dlm hidup diorang sampai bila2...

Mula-mula dulu suri tak berapa faham dan tak sedar (*buta hati time tu...hehehe..) betapa kasih sayang kita pada anak perempuan berbeza dengan kasih sayang kita pada anak lelaki...entahlah mungkin ini fitrah dan tanda kekuasaan Allah.. rasa sayang dan belas pada anak perempuan agak lebih berbanding anak lelaki...

Bukanlah pulak bermakna... as parents kita tak sayang pada anak lelaki.. tapi bak kata pakar Motivasi Dato' Dr. Fadilah Kamsah tu... "anak lelaki tempat kita memberi khidmat tapi pada anak perempuan tempat kita meminta khidmat..."

Oleh itu, tak hairan ramai ibu2 tua yang lebih selesa hidup dan tinggal dirumah anak2 perempuan berbanding rumah anak2 lelaki tatkala menghabiskan sisa2 usia mereka.  Allah itu Maha Adil.. maka diberikan pula peranan dan tanggungjawap menjaga ibu dan bapa itu anak lelaki...
(bayangkan jika Allah tak letakkan tanggungjawap itu pada lelaki??? sure diorang lepas tangan.. begitu juga jika Allah tak beri rasa ehsan yang lebih pada anak perempuan.. sure anak perempuan juga akan lepas tangan... betul tak??   *Eh... korang paham tak apa suri membebel ni???)

Sebab itu, suri pernah terbaca : "Hendaklah mendahulukan anak perempuan berbanding anak lelaki dan barangsiapa yang mengembirakan hati anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail"  ... wallahualam.


Love you too abang Hafiz..

Seorang Ibu juga adalah manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan... maafkanlah ibu kita andai mereka ada melakukan kesilapan dan kesalahan kerana mereka buanlah makhluk yang maksum terhindar dari sebarang dosa.  Terimalah mereka seadanya walaupun mereka pernah dan sering melukakan hati kita kerana 'syurga itu terletak di bawah kaki ibu' dan 'redha Allah bergantung pada redha seorang ibu' .

Buat ibu,  Pn. Saabiah... maafkan anakmu ini kerana sering menyakiti hati tuamu.  Maafkan suri andai selama ini suri tak mampu membanggakanmu.  Maafkan suri andai suri tak mampu membahagiakanmu. Maafkan suri andai suri tak mampu memenuhi segala permintaanmu ibu. Suri mohon keredhaanmu.  Apapun yang berlaku, suri mau ibu tau dan ingat.. bahawa suri sentiasa menyayangimu ibu.  Sekarang suri faham apa yang ibu maksudkan bila ibu kata 'sayang kita pada anak perempuan itu berbeza dengan sayang kita pada anak lelaki...' .   Sejak suri dah ada Alisha Hana, suri faham maksud kata2 ibu...

Buat anak2 suri,  maafkanlah mami andai mami pernah menyakiti kalian.  Mami juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan penuh dengan kekurangan.  Sama-samalah kita saling tegur menegur dan saling menyanyangi sepanjang mengharungi kehidupan kita ini.. tapi satu yang pasti...  MAMI SAYANG ANAK-ANAK MAMI...   Terima kasih anak-anakku kerana hadir mewarnai kehidupan suri dan suami... ucapan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di Dunia ini...

2 comments:

LilyGrynn said...

Aduh! Part2 ucapan Hari Ibu buat Ibu tercinta tu menyengat2, menusuk kalbulah!

Adoi Suri, anak perempuan awak baru 2 bulan ek? Dah minta dipertemukan jodoh ngan lelaki yang beriman ke? Kalau kitalah, kita postpone dulu bab jodoh tu sebab kita nak mengulit anak2 selama mungkin. Tak kiralah besar mana pun mereka. Samalah cam kita yg sampai skrg pun dok mengulit2 kat mak kita tu!

DuniaSangSuri said...

hahaha.. saja je prepare awal2.. kalo ikut maknye.. tak sempat beso dh gatal nk kawin..hahaha....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...