banner

gila

Wednesday, June 22, 2011

Andainya ...lelaki itu tahu...





Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya...
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata itu bukan bermakna dia lemah...
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila  seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya... tetapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan  menyayangi lelaki itu. .



Andainya  lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak bermaksud untuk membuat anda rimas...
tetapi dia mahu lelaki mengenalinya  dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia  mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya...
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk  dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila  perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang...
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau  hadiah berdozen...
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai... tetapi dia mahu lelaki itu  merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.




Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia  rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,  bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila  perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya  kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya  memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,  percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih  baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki  tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil...
tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai  kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya  dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, tolong  tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia  benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia  terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat  sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling  melengkapi dan menyempurnakan .

Andai lelaki tahu..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan  yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat  lelaki menjadi lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang  perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan  sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


6 comments:

nurul nadia nasir said...

ohh sweet!andailah lelaki tu tahu kan hihi :)

DuniaSangSuri said...

tulah kan... payah nk bgtau kat diorg nihh...huhuhuhu...

CathJ said...

Ha.. best.. ^_^

sangsuri said...

mmg best n3 tu cathJ sbb N3 tu suri copy paste jek dari blog org lain.. hahahaha.. (nak buat sendiri tak kreatif..huhuhu.)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kenal...pertama kali sis LM ke sini.Hurmm jika lelaki tau..mmg kita mengharap lelaki fhm apa yg kita rasa kan?tp sgt bahagia bila dpt menemui insan yg sgt2 memahami kita selamanya

DuniaSangSuri said...

samat berkenalan LM... ;)

tulah kan.. andainya lelaki tau... tp tau ke diorg tu?? huhuhu... selalunya diorg tu buat2 tak tau jea... waaa.waaa.waaa...

LM..nama sama cam blogger Lagenda Mahsuri (LM) gak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...