banner

gila

Sunday, January 6, 2013

Senandung SangSuri ... Teman Pengganti.


Okey... hari ni segmen Senandung Sangsuri...
Segmen ni adalah segmen suri membentangkan... (mcm nk bentang belanjawan negara pulak.. :p)
Lirik2 lagu yang fofular dan terkini...
@ lagu2 yang bg suri liriknya amat bermakna...

Hari ni nak syer lirik lagu Teman Pengganti ...
almaklumlah...
baru malam tadi jea si Black dan RJ ni menang kategori Persembahan Terbaik Juara Lagu ke 27..

Apsal nk syer lagu ni dan bukannya lagu Terukir Di Bintang by Yuna yg jd juara mlm td???

Ehhhh!!..
Sukati suri la nak bagi lirik lagu apa kat sini...
ni blog suri laa... Sukati ai laaa.... (ni kena ikut tonasi si hafiz nih... hehehe..)

Cuba korang hayati lirik lagu nih...
Sedih kan....
tapi sian pulak sbb lirik utk Black tu sbnrnya sikit jea.... huhuhuhu..
sore dia mmg best laa.... x puas dengar...
okehh..
let's share this....

Teman pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Chorus

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergiku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami dalami dan mengalami

Setia mendengar sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi

dia yang sempurna (2x)

Ulang Chorus

Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas katil dah ku rapi
Cincin kunci dompet dalam laci
Ada sikit wang itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


3 comments:

puanbee said...

lagu sedih wei ..

suri nak bg no fon , add la fb bee ..

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Ziarah DSS,

Sedap lagu Teman Penganti kata uncle tapi sayang lah, auntie dah tak leh dengar lagi..huhuhuhu

DuniaSangSuri said...

puanbee : sob..sob..sob.. mintak tisu.. nak lap ingus... huhuhu..

kak nanie : irama lagu x dpt dgr xpe lagi...dpt hayati lirik dia yang penting tu kak... sedihkan lirik dia... eh! xmo sedih2... life is short!! so live life to the fullest... yiieehaaa!! *eh tetiba feeling cowboy lak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...